TEL AVIV: Tiga tebusan Israel yang tersilap dibunuh oleh tentera zionis itu di Gaza pada Jumaat lalu telah menggunakan sisa makanan untuk menulis papan tanda memohon bantuan, kata laporan yang dikeluarkan Angkatan Pertahanan Israel (IDF).
Menurut IDF, ketiga-tiga tebusan itu telah ‘tinggal’ di bangunan bersebelahan lokasi mereka ditembak ‘untuk satu tempoh masa.’
Kepimpinan IDF juga mengakui, insiden menembak mati ketiga-tiga mangsa yang memegang baju putih sebagai melanggar “peraturan tindakan.”
Susulan tindakan tersilap menembak tebusan sendiri, Israel berhadapan dengan tekanan antarabangsa yang semakin meningkat khususnya dalam usaha untuk membebaskan lebih banyak tawanan.
Dianggarkan masih terdapat sekitar 120 orang dipercayai masih dalam tahanan pasukan pejuang Hamas di Semenanjung Gaza.
Mereka telah ditawan oleh Hamas pada 7 Oktober yang turut mengakibatkan kematian lebih 1,200 di selatan Israel.
Susulan itu, Israel telah melancarkan operasi balas dendam besar-besaran yang dilaporkan bertujuan untuk memusnahkan Hamas.
Sejak 7 Oktober lalu, lebih 19,000 orang telah terbunuh di Gaza sejak itu, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan, dengan ratusan ribu kehilangan tempat tinggal.
Tiga tebusan Israel yang terbunuh itu pula dikenali sebagai Yotam Haim, 28, Samer Talalka, 22, dan Alon Shamriz, 26.
Seorang pegawai tentera Israel, yang tidak mahu namanya disiarkan, berkata siasatan awal yang dibuat oleh IDF mencadangkan tiga tebusan itu muncul tanpa berbaju dari sebuah bangunan, dengan seorang daripada mangsa memegang sebatang kayu berikat kain putih.
Pegawai itu menegaskan, salah seorang askar di lapangan berasa terancam, kerana lelaki berkenaan berada pada jarak berpuluh-puluh meter dan mengisytiharkan diri sebagai "pengganas" menyebabkan tembakan dilepaskan.
Ekoran tembakan itu, dua tebusan serta-merta manakala mangsa ketiga yang cedera,
kembali ke bangunan tempat dia bersembunyi.
Susulan itu, tebusan yang terselamat kedengaran menjerit meminta pertolongan kedengaran dalam bahasa Yahudi seraya menyebabkan komander batalion mengarahkan tentera untuk menghentikan tembakan.
Tidak lama kemudian, tebusan yang terselamat itu muncul semula, namun, dia juga ditembak dan dibunuh oleh tentera Israel, jelas pegawai itu lagi.
Tidak pasti sama ada ketiga-tiga tebusan Israel itu telah ditinggalkan oleh penculik atau melarikan diri, tambah pegawai itu.
Pada hari Ahad, IDF berkata, pemeriksaan terhadap bangunan itu dijalankan dan mendapati terdapat mesej "SOS" dan "Mohon bantuan, 3 tebusan" yang ditulis pada kain.
Sejak berakhirnya gencatan senjata sementara antara Israel dan Hamas awal bulan ini, keluarga tebusan telah menggesa kerajaan Israel mencapai gencatan senjata baharu untuk sekurang-kurangnya beberapa tawanan dibebaskan.
Perjanjian awal membawa kepada pembebasan lebih daripada 100 tebusan, sebagai pertukaran untuk rakyat Palestin yang ditahan di penjara Israel.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah menolak seruan itu sambil menegaskan, "tekanan ketenteraan diperlukan untuk mengembalikan tebusan dan untuk kemenangan."
Di tengah-tengah korban orang awam Palestin yang semakin meningkat, Israel menghadapi tekanan antarabangsa yang semakin meningkat termasuk daripada sekutu utama negara itu, Amerika Syarikat. - Agensi
Agensi
Sun Dec 17 2023
Siasatan IDF mendapati terdapat mesej "SOS" dan "Mohon bantuan, 3 tebusan" yang ditulis pada kain oleh tiga tebusan Israel yang mati dibunuh tentera sendiri.
AWANI Ringkas: Setakat ini hanya ibu bapa Zayn ditahan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Melly Goeslow nyata masih hebat, memukau peminat di Axiata Arena
Konsert selama lebih dua jam itu nyata memukau kira-kira 9,000 peminatnya yang rata-rata hadir dengan pakaian sekolah.
Chile sertai tuntutan mahkamah Afrika Selatan terhadap Israel di ICJ
Chile telah memutuskan untuk menyokong dan menyertai tuntutan yang difailkan oleh Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa di bawah Konvensyen mengenai Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid.
Emir Kuwait lantik Sheikh Sabah Khaled Al Sabah sebagai putera mahkota
Emir Kuwait, Mishal Al Ahmad Al Jaber Al Sabah mengeluarkan dekri melantik Sabah Khaled Al Hamad Al Sabah sebagai putera mahkota.
Dua pembantu penguasa kastam didakwa atas tuduhan rasuah
Dua Pembantu Penguasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia didakwa di atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM4,300.
Segera siasat dakwaan kontena Israel berada di Iskandar Puteri - Ahmad Zahid
Siasatan terhadap dakwaan kewujudan kontena syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM, di sebuah pelabuhan di Iskandar Puteri, Johor perlu disegerakan.
Ekosistem kewangan Islam berpotensi tarik lebih banyak pelaburan ke Malaysia
Mohd Zukime berkata, pelabur daripada negara Islam mencari peluang pelaburan yang mematuhi prinsip Syariah.
Shereen lebur rekod kebangsaan 400m miliknya di Tennessee
Atlet olahraga wanita negara Shereen Samson Vallabouy berjaya meleburkan rekod kebangsaan miliknya dalam acara 400 meter (m) pada Kejohanan Music City Track Carnival di Tennessee, Amerika Syarikat.
McDonald's Malaysia bersama Palestin, derma RM1 juta kepada tabung kemanusiaan
Azmir berkata pekerja restoran makanan segera itu telah mengumpul dana lebih RM100,000 untuk membantu mereka yang terjejas di Palestin.
KKM siasat peniaga rendam sotong dalam ‘tong sampah’
Peniaga lelaki berkenaan tular di aplikasi X apabila menggunakan tong yang biasanya digunakan sebagai tong sampah untuk merendam bahan jualannya itu sehingga mengundang kecaman ramai.
PM Anwar ucap tahniah kepada Ireland, Norway, Sepanyol kerana iktiraf Palestin
Ketiga-tiga negara itu memilih untuk berada di landasan sejarah yang tepat serta berdiri tegak di jalur kemanusiaan dan prinsip keadilan, kata PM.
12 rakyat Palestin maut, 30 cedera dibedil bom tentera Israel
Sebahagian besar yang terbunuh merupakan kaum wanita, banyak mayat yang hangus sementara 30 mangsa lain cedera.
Mahmoud Abbas hubungi PM Norway, zahir penghargaan iktiraf Palestin
Presiden berterima kasih kepada Perdana Menteri Norway atas pendirian berani dan berprinsip negaranya dalam mengiktiraf negara Palestin.
Duta Norway, Sepanyol, Ireland dimarahi Israel kerana iktiraf Palestin
Keputusan tiga negara itu iktiraf Palestin dianggap sebagai ganjaran kepada Hamas, kata Kementerian Luar Israel.
Tiada bekalan perubatan diterima di Gaza selama 10 hari - WHO
Penutupan lintasan Rafah ke Gaza oleh Israel telah menyebabkan "situasi yang sukar."
Bukan tidak cakna gerakan 'Eyes On Rafah'... ini penjelasan Ning Baizura!
Ning Baizura nafi tidak sensitif mengenai situasi semasa di Palestin dan gerakan All Eyes On Rafah.
Ketua PBB sedih dengan kematian kakitangannya di Gaza
Setiausaha Agung mengutuk semua serangan ke atas kakitangan PBB dan menggesa siasatan penuh.
Tentera Israel arah penduduk Palestin berpindah dari Rafah
Arahan berpindah itu dikeluarkan menerusi risalah yang digugurkan dari udara.
Laporan Amerika dedahkan Israel salah guna bantuan senjata
Pentadbiran Joe Biden mendapati Israel menggunakan bantuan senjata dari AS tanpa mengikut lunas undang-undang antarabangsa.
Rundingan gencatan senjata disambung semula hari ini di Mesir
Rundingan berterusan dilakukan selepas Hamas menghantar maklum balas mengenai cadangan yang mungkin "boleh disifatkan sebagai positif."